Photo credit: Bharian.com
Hockey

Faizal digantung dua perlawanan kerana perkataan ‘bodoh’

Pemain hoki Terengganu Faizal Saari telah diberikan penggantungan dua perlawanan selepas memanggil umpire “bodoh”.

Pengarah kejohanan Liga Hoki Malaysia (MHL) Jusvir Singh mengesahkan bahawa Faizal telah mengakui kesalahannya dalam perlawanan Divisyen Premier di antara Terengganu dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Stadium Hoki Kuala Lumpur pada hari Ahad.

Perlawanan tersebut menyaksikan Faizal mengumpul satu kad kuning dan satu kad merah.

Dia diberikan kad kuning pada minit ke-34 oleh umpire Nor Azhar Abiddin untuk satu foul.

Faizal kemudiannya mengeluarkan perkataan “bodoh” dan terus dibuang padang oleh Nor Azhar.

“Saya telah menggantung dia untuk dua perlawanan Premier Division berdasarkan 12 mata demerit yang dikumpul olehnya dalam perlawanan itu – satu kuning (empat mata) dan satu kad merah (lapan mata),” kata Jusvir.

Faizal bakal terlepas perlawanan menentang Maybank di Melaka pada hari Jumaat dan menentang Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) di Stadium Hoki KL pada hari Sabtu.

Other posts by