Kunjungan ke gelanggang terkenal Manchester United menanti skuad Melaka United.
Itu yang menanti mereka jika mereka berjaya bergelar juara Liga Premier sekaligus menamatkan kemarau trofi 33 tahun pasukan berkenaan.
Melaka hanya perlu mendapatkan satu mata lagi sebelum bergelar juara dan mampu melakukannya dengan penuh bergaya di hadapan penyokong mereka sendiri apabila berdepan musuh setempat Johor Darul Ta’zim (JDT) II dalam pertemuan dua pasukan teratas di Stadium Hang Jebat pada hari Jumaat.
“Perlawanan ini ibarat perlawanan akhir. Kemenangan atau seri sudah cukup untuk memenangi kejuaraan.
“Kami sedang berbincang dengan penaja kami untuk membawa pemain-pemain ke Old Trafford sebagai ganjaran,” jelas Timbalan Presiden Melaka FA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.
Melaka mendahului liga dengan 48 mata, dengan baki tiga perlawanan. JDT II lapan mata di belakang mereka sementara pasukan di tangga ketiga PKNS mempunyai 39 mata,
Melaka akan mengharapkan penyerang Montenegro Ilija Spasojevic untuk menjaringkan gol. Penyerang itu telah menjaringkan 23 gol dalam 19 perlawanan.
Melaka, yang mempunyai baki perlawanan menentang PKNS di tempat lawan (23 September) dan Sime Darby FC di tempat sendiri (21 Oktober), berharap untuk menamatkan penantian 10 tahun untuk bermain di liga tertinggi dengan menjadi salah satu dari dua pasukan Liga Premier yang akan naik ke Liga Super.
Other posts by Khairul Nizam