Pemain skuad kebangsaan Indonesia, Andik Vermansyah memberikan komen mengenai skuad Malaysia menjelang perlawanan di antara mereka di Stadium Manahan, Solo hari ini.
“Ada beberapa pemain yang perlu diberikan perhatian oleh Indonesia. Saya sudah beritahu ini kepada jurulatih. Mereka bermain dengan tersusun kerana sudah lama berlatih dalam kem latihan kebangsaan. Tetapi, soal skill individu, kami lebih hebat,” jelas pemain sayap Selangor itu.
Walaupun sudah mengetahui corak permainan Malaysia, Andik tetapi merasakan Malaysia merupakan lawan yang sukar. Ditambah lagi kerana sudah sekian lama dia tidak beraksi bersama skuad Garuda.
“Saya sudah lama tidak beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia, ini akan menjadi motivasi buat saya untuk menang dalam perlawanan esok,” ujar Andik.
Perlawanan ini akan menjadi medan ujian buat kedua-dua pasukan menjelang Piala AFF Suzuki 2016 yang akan berlangsung pada 19 November hingga 17 Disember.
Indonesia berada dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Filipina, Thailand dan Singapura.
Other posts by Khairul Nizam