Football

SPRM sahkan tiada unsur rasuah dalam pendrive

Pendrive yang dikatakan kononnya berisi maklumat salahlaku dan unsur rasuah dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disahkan telah selesai disiasat.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Bakri yang berkata, pihaknya akan menghantar laporan berkenaan siasatan itu kepada FAM dalam masa terdekat.

“SPRM mengesahkan telah selesai meneliti isi kandungan ‘pendrive’ tersebut dan hasil penelitian mendapati ia tidak mengandungi sebarang rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

Belia turut menambah, “Susulan itu SPRM akan menghantar satu laporan kepada FAM bagi proses penambahbaikan dan tindakan persatuan itu khususnya mengenai isu-isu teknikal telah dibangkitkan.”

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada hari Jumaat lalu menyerahkan kandungan pendrive itu kepada SPRM untuk disiasat selepas pendrive itu dikatakan mengandungi bukti penyelewengan FAM.

SPRM turut menyatakan kesediannya untuk memberi kerjasama dengan FAM dan mana-mana pihak bagi membincangkan pelbagai isu sekiranya melibatkan unsur rasuah.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menyerahkan pendrive tersebut kepada Khairy pada 26 Ogos lalu untuk tindakan lanjut.

Other posts by