Kelab Liga Perdana Inggeris berbelanja lebih dari £150 jta pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas sekaligus mencecah rekod jumlah perpindahan bernilai £1.15 billion.
Pasukan-pasukan Liga Perdana Inggeris sudah berbelanja sebanyak £1.005 billion setakat 8.30 pagi pada hari Rabu (waktu UK), sekaligus memecahkan rekod tahun lalu iaitu £870 juta.
13 pasukan di liga teratas memecahkan rekod perpindahan kelab mereka sendiri. Ini dikatakan kesan daripada perjanjian hak penyiaran bernilai £5.1 billion yang banyak membantu 20 pasukan di Liga Perdana.
Jendela perpindahan tahun ini yang bernilai £1.15 billion bukan sahaja memecahkan rekod pada tahun ini, tetapi juga menunjukkan jurang ketara berbanding kali pertama jendela perpindahan diperkenal pada tahun 2003-04 yang mencatatkan nilai perpindahan £215 juta.
Kekuatan kewangan ini banyak dibantu oleh perjanjian hak penyiaran domestik bernilai £5.136 billion, yang lebih £2 billion berbanding perjanjian asal yang berjalan dari 2013-2016.
Bekas pemain Tottenham, Jermaine Jenas memberitahu BBC: “ Inilah dunia bolasepak kita. Sejak hak penyiaran diberikan, kelab mempunyai wang yang banyak untuk memecahkan rekod perpindahan mereka. Mereka perlu bersaing. Liga Perdana kini di tempatnya, semua pasukan perlu berbelanja.”
Bekas pemain saya England Trevor Sinclair menambah: “ Mereka mempunyai wang berseba – kerana terdapatnya permintaan.
“Semua orang mahu menyaksikan Liga Perdana. Jika ada sesiapa yang akan mendapat penambahan dari segi kewangan, pastinya pemain, kerana mereka yang menjadi tarikan utama.”
Other posts by Khairul Nizam