Squash

Delia wakil tunggal Malaysia di Terbuka China

Pemain nombor 17 dunia. Delia Arnold merupakan satu-satunya wakil negara yang masih bertahan selepas dua rakan sepasukannya tersingkir kepada lawan masing-masing di pusingan terakhir kelayakan Kejohanan Skuasy Terbuka China di Shanghai.

Sementara itu, di pusingan terakhir kelayakan semalam, pemain yang berpengkalan di Manchester Mohd Nafiizwan Adnan menunjukkan aksi memberansangkan sebelum tewas 13-11, 10-12, 11-8, 9-11 dan 7-11 kepada Cesar Salazar dari Mexico dalam kategori lelaki, menurut laman web Persatuan Skuasy Profesional (PSA) www.psaworldtour.com.

Pemain nombor dua negara, Low Wee Wern juga tersingkir dari kejohanan selepas tewas 8-11,5-11,11-9 dan 8-11 kepada wakil Hong Kong Joey Chan dalam kategori wanita.

Arnold yang menerima bye di pusingan kelayakan akan bertemu pemain veteran New Zealand Joelle King yang juga pemain pilihan keempat dalam pusingan pembukaan kategori wanita, hari ini.

Other posts by