Football

“Tidak cukup untuk bermain cantik tetapi tidak menjaringkan gol” – Bernhardt

Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara Frank Bernhardt tidak mahu anak buahnya bermain dengan cantik sahaja. Dia mahu melihat anak buahnya menjaringkan gol juga.

“Tidak cukup untuk bermain cantik tetapi tidak menjaringkan gol,” ujar Bernhardt selepas pasukan kendaliannya mendominasi perlawanan menentang Bahrain yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam pada hari Selasa.

Pasukan Malaysia mempunyai peluang kedua apabila mereka sekali lagi menjadi tuan rumah kepada Bahrain di Stadium UiTM Shah Alam pada hari Jumaat (4.45pm).

Bernhardt berkata dia berpuas hati dengan anak buahnya, tetapi tidak dengan sentuhan penyudah mereka.

Persembahan kami baik dan satu-satunya yang tidak ada adalah jaringan. Kami perlu berkerja keras untuk aspek ini dalam permainan kami untuk menukarkan peluang kepada jaringan,” kata Bernhardt, yang diberi tugasan untuk memenangi pingat emas di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Terdapat banyak perkara positif dari persembahan anak buah Bernhardt pada hari Selasa. Malaysia menunjukkan permainan menyerang yang bagus dan mempunya banyak peluang untuk menjaringkan gol. Bahagian pertahanan juga mantap dalam mengekang asakan Bahrain.

Bernhardt mempunyai Mohd Jafri Chew, Nur Shamie Iszuan Amin, S. Kumahraan dan S. Thanabalan di bahagian serangan dan mereka menyukarkan pertahanan pihak lawan.

Muhammad Irfan Zakaria dan Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri mengawal bahagian tengah dengan cukup baik sementara bahagian pertahanan dibarisi oleh Matthew Davies, Mohd Adib Zainuddin, Dominic Tan dan Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak. Penjaga gol dalam perlawanan tersebut adalah Ahmad Syihan Hazmi.

Bernhardt bersedia untuk membuat pertukaran pada perlawanan hari Jumaat natni. Kali ini, dia mengharapkan penyerangnya akan dapat menjaringkan gol.

Other posts by