Penjaga gol terkenal pasukan bolasepak wanita Amerika Syarikat, Hope Solo nampaknya akan menjadi solo selepas kontraknya bersama pasukan kebangsaan ditamatkan serta merta.
Penjaga gol utama Amerika Syarikat untuk 17 tahun ditamatkan kontrak ekoran komennya selepas kekalahan pasukannya kepada Sweden di suku akhir temasya Sukan Olimpik di Rio yang lalu.
Selepas tewas menerusi sepakan penalty di Brazil, Solo, yang merupakan pemenang dua kali pingat emas Olimpik dan pemenang Piala Dunia bersama negaranya menuduh pasukan Sweden ‘pengecut’ disebabkan taktik yang digunakan mereka dalam perlawanan tersebut dan akibatnya, bekas penjaga gol Seattle Reign itu dihukum, sekaligus menamatkan kerjaya 17 tahunnya di peringkat antarabangsa.
https://www.youtube.com/watch?v=j_cu1hMwsgI
Solo menerima penggantungannya sendiri daripada ketua jurulatih USWNT Jill Ellis dan Dan Flynn dari U.S Soccer, di Seattle dan di hadapan kamera yang sedang merakam untuk sebuah dokumentari bertajuk ‘Keeping Score’, memaki hamun sambil suaminya Jerramy Stevens cuba untuk memujuk Solo, menjerit ’17 tahun dan ianya sudah berakhir!” sambil menitiskan air mata.
Other posts by Khairul Nizam