Jika anda mengikuti Liga Perancis, pastinya anda sudah biasa menyaksikan pasukan Paris Saint-Germain (PSG) berada di kemuncak liga. Namun, kali ini pasukan lain pula yang berada di kedudukan pertama.
Pasukan tersebut adalah En Avant de Guingamp atau EA Guingamp. Pasukan kendalian Antoine Kombourae ini berada di kemuncak Ligue 1 selepas menang dua dari tiga perlawanan mereka dan berkongsi mata bersama Monaco dan Nice.
Bagaimana mereka menyambut kejayaan mereka berada di kemuncak Ligue 1? Dengan menukar profil mereka di twitter. Mereka menukar profil mereka di twitter dengan menulis “Pendahulu Ligue 1 ( selama 15 hari minimum)”.
EA Guingamp berjaya menduduki tangga pertama Ligue 1 selepas menewaskan Nancy 2-0 dalam perlawanan pada hari Ahad lalu. Mungkinkah Guingamp akan mencipta sejarah seperti Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris tahun lalu? Pasti menarik untuk melihat apa profil twitter mereka jika mereka bergelar juara Ligue 1.
Other posts by Khairul Nizam