Squash

Nicol hampir dikejutkan di Terbuka Hong Kong

Ratu Skuasy negara dan pemain nombor tiga dunia, Datuk Nicol David hampir dikejutkan sebelum mara ke pusingan kedua Kejohana Skuasy Terbuka Hong Kong yang berlangsung di Pusat Skuash Hong Kong, semalam.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu yang juga merupakan pemenang 10 kali kejohanan tersebut, terpaksa berkerja keras sebelum menang 11-8,8-11,11-4,5-11 dan 11-5 ke atas pemain Wales Tesni Evans dalam pusingan pembukaan yang berlangsung selama 68 minit, mengikut laman web kejohanan itu: www.hksquashopen.com.

Nicol dijangka bertemu pemain veteran New Zealand Joelle King hari ini selepas dia menewaskan Nicolette Fernandes dari Guyana: menang straight set 11-5, 11-5 dan 11-8 di pusingan pertama.

Sebelum itu, seorang lagi pemain kebangsaan, Low Wee Wern tersingkir dari kejohanan selepas tewas 5-11, 8-11 dan 7-11 kepada Alison Waters dari England di perlawanan pembukaan.

Kempen Malaysia dalama cara lelaki juga berakhir kelmarin selepas satu-satunya pemain yang tinggal, Muhd Nafiizwan Adnan tewas 5-11,8-11 dan 7-11 kepada Mazen Hesham dari Mesir di perlawanan pusingan pertama.

Other posts by