FA England telah mengenakan hukuman kepada penyerang Burnley Andre Gray kerana salah laku ekoran komen yang dibuat olehnya di media sosial pada tahun 2012.
“Komen tersebut didakwa kesat dan/atau menghina dan/atau tidak wajar dan/atau menyebabkan permainan mendapat nama buruk,” kata FA dalam satu kenyataan pada hari Selasa.
“ Komen tersebut juga didakwa melanggar termasuk merujuk kepada ‘faktor yang memburukkan’ khususnya orientasi seksual da/atau jantina dan/atau warna kulit dan/atau bangsa.”
Penyerang berusia 25 tahun, Gray, mempunyai masa sehingga 31 Ogos untuk memberi jawapan balas ke atas dakwaan tersebut. Dia menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana dalam kemenangan 2-0 ke atas Liverpool pada hari Sabtu.
Other posts by Khairul Nizam