Athletics

Kuartet 4x100m USA dapat peluang untuk ke final selepas membuat bantahan

Kuartet 4x100m wanita Amerika Syarikat menjatuhkan baton dalam peringkat pertama acara mereka pada hari Khamis, sekaligus meranapkan impian mereka mempertahan kejuaraan Olimpik mereka.

Namun, selepas membantah bahawa pelari mereka Allyson Felix dihalang ketika mahu menyerahkan baton kepada English Gardner, skuad Amerika menghantar bantahan dan diterima sekaligus diberi peluang kedua untuk layak ke pusingan akhir.

Kuartet Amerika Syarikat akan diberi peluang kedua untuk berlari di trek pada hari Khamis dan mencatatkan masa yang akan memberikan mereka slot di pusingan akhir.

Kanada mencatatkan masa yang lebih pantas dari China, bermaksud Amerika Syarikat akan menendang keluar China dari peringkat akhir jika mereka mencatatkan masa yang lebih baik.

“Saya dilanggar ketika sampai di zon pertukaran dan ianya membuat saya tidak seimbang,” kata Felix. “Saya cuba untuk bertahan supaya dapat menghantar kepada English. “

Namun, dia tidak berjaya apabila baton terjatuh ke atas trek. Felix mengangkatnya dan memastikan mereka menamatkan perlumbaan, sesuatu yang sering diingatkan oleh jurulatih mereka di kem pra-Olimpik.

“Saya teringat dia memberitahu kami, jika ada bantahan, anda perlu berusaha,” jelas Felix, selepas perlumbaan- sesuatu yang diberitahunya kepada NBS sebaik tamat perlumbaan.

Pegawai Olahraga AS menghantar bantahan selepas perlumbaan, menyatakan bahawa pelari dari Brazil menghalang Felix ketika mereka cuba membuat penyerahan baton.

Pasukan Brazil hilang kelayakan dari dari perlumbaan atas kesalahan melakukan halangan.

“Kami akan berkumpul semua, menarik nafas dan sekali lagi berlumba untuk mara ke peringkat akhir,” kata Gardner sebelum keputusan akhir dibuat.

Selepas gagal menaiki podium pada tahun 2004 dan 2008, kuartet AS memenangi emas empat tahun lalu di London, menewaskan Jamaica. Hanya Felix dan Tianna Bartoletta yang masih kekal dalam skuad bagi Sukan Olimpik tahun ini.

Other posts by