Football

Bekas pemain T-Team dipenjara sehari, denda RM10,000 kerana mengatur perlawanan

Tiga bekas pemain T-Team dihukum penjara satu hari dan denda RM 10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas memberikan keterangan palsu berhubung kes mengatur perlawanan yang melibatkan pasukan mereka dua tahun lalu.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman ke atas Mohd Nadzmeer Hisham Mohammad, Mohd Hafiz Mohd Noor dan Mohd Hanifzam Muda selepas mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut.

Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Mohd Nadzmeer,25; Mohd Hafiz,26, yang kini seorang pegawai pilis dan Mohd Hanifzam, 26, seorang buruh, dikenakan hukuman kerana memberikan keterangan palsu ketika perbicaraan di antara pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari pada 6 dan 7 Mei 2014.

Testimoni tersebut berkait dengan perlawanan T-Team menentang Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 27 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM 100,000 atau denda tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Dalam perbicaraan itu, ketiga-tiga bekas pemain itu, yang diwakili peguam Othman Bakar, berkata ini merupakan kesalahan pertama mereka dan mereka mempunyai ahli keluarga yang ditanggung.

Other posts by