Badminton

Frost: Pencapaian Chan-Goh di Olimpik tidak mengejutkan

Kemenangan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying ke atas Xu Chen-Ma Jin 21-12, 21-19 di separuh akhir acara badminton pada hari Isnin merupakan hanya kemenangan ketiga mereka dalam 10 pertemuan menentang bergu China itu.

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata: “Saya tidak boleh berkata saya jangkakannya. Saya boleh katakan bahawa saya harapkannya. Saya telah ditanya banyak kali dalam mesyuarat BAM. Apa peluang dan sasaran kami? Saya kata Chong Wei akan menang. Dia yang terbaik.

“Selepas itu saya kata, bergu campuran. Mereka telah menunjukkan mereka boleh lakukannya di sini. Saya katakana bergu campuran adalah peluang kedua kita.”

Namun, Frost berkata dia terkejut dengan pencapaian bergu lelaki negara – Goh V Shem-Tan Wee Kiong- layak ke separuh akhir selepas menewaskan Lee Yong-dae- Yoo Yeon-seong 17-21, 21-18, 21-10 pada hari Isnin.

“Saya sangat terkejut dengan persembahan mereka di sini. Saya tahu kebolehan mereka. Tetapi mereka tidakdapat melakukannya dalam tiga perlawanan berturut dalam kejohanan. Ia selalunya dalam kejohanan berasingan.

“Ianya merupakan kejutan yang positif, bagus untuk dilihat,” kata Frost.

Namun begitu, Frost telah memberi amaran kepada anak buahnya untuk tidak terlalu tenang selepas sampai ke peringkat ini dalam Olimpik.

“Ianya hari yang menakjubkan. Saya tidak terkata. Namun, saya perlu katakan perjuangan belum berakhir. Kita perlu tenang. Kita mempunyai peluang dan kita perlu ambil.”

Peng Soon-Liu Ying akan bertemu wakil Indonesia Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir di perlawanan akhir. Pasangan Indonesia itu mencipta kejutan dengan menewaskan juara bertahan Zhang Nan-Zhao Yunlei 21-16, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Mengenai peluang bergu campuran negara di perlawanan akhir, Frost berkata: “Pasangan Indonesia merupakan pasangan yang sukar untuk kita lawan. Mereka pasukan pilihan. Saya tidak kata ianya mustahil. Ianya hanya kerana mereka berada di tahap lebih tinggi dari pasangan kita.”

Frost juga berkata bahawa dia gembira China tidak akan berjaya membolot semua lima pingat emas seperti di Olimpik London.

Sambil tersenyum, Frost berkata: “Bagus melihat China tidak boleh menang enam pingat emas sekarang. Ianya bagus untuk badminton.”

Other posts by