Football

FAM tidak akan anjurkan Kongres FIFA atas dasar keselamatan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa mereka telah menarik diri dari menjadi tuan rumah untuk Kongres FIFA tahun depan kerana alasan keselamatan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata badan pentadbir bolsepak dunia itu telah menerima keputusan mereka untuk menarik diri dari menjadi tuan rumah kongres 2107 itu.

“Keputusan itu tidak ada kena mengena dengan masalah dalaman (dalam FAM) seperti yang digembar-gemburkan. Kami telah dinasihatkan oleh kerajaan untuk tidak meneruskannya kerana alasan keselamatan. Tiada sebab lain,” jelas Afandi dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa eksekutif di Wisma FAM, Kelana Jaya pada hari Isnin.

Sebelum ini, terdapat berita menyatakan bahawa FIFA telah menarik tawaran kepada FAM untuk menganjurkan Kongres FIFA ke 67 tahun depan.

Ada yang berkata bahawa FIFA menarik tugasan menjadi tuan rumah itu kerana FAM gagal untuk memberi jaminan bahawa visa akan diberikan kepada semua delegasi yang akan menghadiri kongres berkenaan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa mereka telah menulis kepada FIFA pada 25 Julai untuk memberitah badan dunia itu keputusan mereka untuk menarik diri dari menjadi tuan rumah dan FIFA membalasnya pada 9 Ogos.

Jawatankuasa Eksekutif FIFA mengumumkan pada Disember 2013 bahawa Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Kongres 2017, yang akan dipengerusikan oleh presiden FIFA baru, Gianni Infantino.

FAM sebelum ini dijangka akan mengumumkan tawaran menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 di kongres tersebut.

Other posts by