Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa hampir mencipta sejarah bagi Malaysia dalam acara olahraga di Sukan Olimpik.
Dalam pusingan kelayakan yang berlangsung di Stadium Olimpik pada hari Ahad, dia terlepas untuk layak ke acara akhir selepas melakukan dua kali cubaan untuk melepas ketinggian 2.26m.
Jika Nauraj berjaya melepasi ketinggian itu dalam percubaan pertama, dia akan menjadi atlet Malaysia pertama layak ke peringkat akhir acara olahraga Olimpik.
Nauraj turut gagal mengatasi rekod kebangsaan yang diciptanya iaitu 2.29m, yang dicipta olehnya pada bulan April di Terbuka Singapura.
“Saya gementar kerana ini penampilan pertama saya di Olimpik…dan saya juga peserta pertama dalam peringkat kelayakan,” kata atlet berusia 24 tahun itu yang berlatih di bawah tunjuk ajar jurulatih dari Australia Alex Stewart.
“Saya gembira dengan Olimpik pertama saya kerana ia menunjukkan saya boleh bersaing dengan atlet yang hebat,” tambah Nauraj.
Other posts by Khairul Nizam