Football

Tiada perubahan dalam FAM hingga 2017

Tiada sebarang perubahan.

Itu hasil mesyuarat jawatankuasa eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Menurut Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim minggu lalu, Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan ahli exco yang lain dijangka akan mengumumkan perletakan jawatan mereka pada hari ini.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka tidak meletakkan jawatan tetapi proses pemilihan baru diawalkan ke 2017 daripada perancangan asal pada tahun 2018.

Timbalan Pengerusi FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, Tengku Abdullah akan kekal menjadi presiden sehingga proses pemilihan tahun hadapan.

“Exco membuat keputusan ini secara sebulat suara. Terpulang kepada persatuan negeri dan kelab untuk mencalonkan ahli-ahli exco baru FAM pada kongres FAM nanti.”

FAM turut menjelaskan bahawa mereka yang membuat keputusan untuk menarik diri dari menjadi tuan rumah Kongres FIFA 2017 di Kuala Lumpur.

Afandi berkata mereka telah dinasihatkan oleh kerajaan untuk menarik diri atas dasar keselamatan. Mereka telah menghantar surat rasmi kepada FIFA pada 25 Julai dan FIFA telah menerima penarikan diri mereka pada 9 Ogos.

Other posts by