Football

VIDEO: Gary Lineker tunaikan janji tidak berpakaian untuk rancangan TV

Janji ditepati. Itulah yang dilakukan oleh bekas penyerang England Gary Lineker apabila menunaikan janji yang dilakukannya apabila Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan memakai hanya seluar dalamnya di rancangan tv pada hari Sabtu.

https://www.youtube.com/watch?v=OmL3x-Ogsj8

Selepas Leicester mengekalkan kedudukan di tempat pertama selepas menang 2-1 ke atas Chelsea Disember lalu, Lineker menulis di Twitter: “Jika Leicester menang Liga Perdana, saya akan mengacarakan MOTD (Match of the Day) pertama musim hadapan dengan hanya memakai seluar dalam.”

Bekas pemain berusia 55 tahun itu menunaikan janjinya apabila memperkenal program kemuncak Match Of The Day BBC dengan hanya memakai boxer berwarna putih.

Panel jemputan rancangan tersebut, Alan Shearer dan Ian Wright dilihat menahan rasa geli hati mereka dalam rancangan tersebut.

Lineker memulakan kerjaya bola sepaknya dengan bermain untuk Leicester, pasukan tempat kelahirannya, sebelum bermain untuk Everton, Barcelona, Tottenham Hotspurs dan Nagoya Grampus Eight di Jepun.

Dia menjaringkan 48 gol dalam 80 penampilan untuk England termasuk 10 gol di Piala Dunia 1986 dan 1990.

Selepas bersara dari dunia bola sepak, dia bergiat aktif dalam bidang media dengan menjadi pengacara rancangan TV dan merupakan antara penyokong kuat Leicester ketika mereka membuat kejutan musim lalu.

Namun, tidak semuanya indah untuk Lineker apabila pasukan kesayangannya tewas 2-1 kepada Hull City dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris dan menjadi juara bertahan pertama tewas dalam aksi sulung.

Other posts by