Badminton

Undian sukar untuk bergu badminton negara

Bergu lelaki dan wanita negara berdepan tugas sukar di peringkat suku akhir acara badminton Sukan Olimpik Rio apabila kedua-duanya diundi untuk bertemu gandingan nombor satu dunia dalam acara masing-masing.

Bergu lelaki negara, Goh V. Shem-Tan Wee Kiong akan berdepan bergu Korea Selatan Lee Yong Dae-Yoon Yeon Seong di mana sebelum ini mereka telah tewas lima kali dan menang sekali dalam enam pertemuan.

Bergu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khee Woon pula akan berdepan gandingan Jepun, Misaki Matsumoto-Ayaka Takahashi di mana mereka tewas dalam tujuh pertemuan sebelum ini.

V.Shem berkata mereka keberatan untuk bertemu pasangan Korea itu di suku akhir, tetapi kemenangan ke atas pasangan nombor empat, Fu Haifeng-Zhang Nan dan dari China di peringkat kumpulan memberikan mereka keyakinan.

Bergu lelaki negara yang berada di tangga ke-12 dalam ranking dunia melakukan kejutan apabila bangkit dari kekalahan pada set pertama untuk menang 16-21, 21-15,21-18 untuk muncul juara kumpulan.

“Kami bersedia untuk menentang sesiapa pun selepas menewaskan China…” kata V. Shem.

Sementara itu, Vivian turut berkongsi pendapat yang sama mengenai gandingan Jepun itu.

“Kami lebih gemar jika bertemu pasukan lain di suku akhir kerana kami belum pernah menang menentang mereka,” kata beliau.

Suku Akhir

Bergu Lelaki:

[13] Ivanov Vladimir/Sozonov Ivan (RUS) vs [5] Chai Biao/Hong Wei (CHN)

[12] Goh V. Shem/Tan Wee Kiong (MAS) vs [1] Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong (KOR)

[4] Fu Haifeng/Zhang Nan (CHN) vs [3] Kim Gi Jung/Kim Sa Rang (KOR)

[22] Marcus Ellis/Langridge Chris (GBR) vs [8] Endo Hiroyuki/Hayakawa Kenichi (JAP)

 

Bergu Wanita:

[1] Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi (JPN) vs [15] Vivian Hoo/Woon Khie Wei (MAS)

[4] Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan (KOR) vs [11] Eefje Muskens /Selena Piek (NED)

[2] Tang Yuanting/Yu Yang (CHN) vs [3] Nitya Krishinda Maheswari/Greysia Polii (INA)

[6] Christinna Pesdersen/Kamilla Rytter Juhl (DEN) vs [8] Chang Ye Na/Lee So Hee (KOR).

 

Other posts by