Football

Carvajal muncul wira Madrid, bantu julang Piala Super Eropah tewaskan Sevilla

Real Madrid muncul pemenang Piala Super Eropah apabila menewaskan Sevilla 3-2 hasil jaringan menarik di masa tambahan oleh Dani Carvajal.

Sevilla hampir mengecewakan Real Madrid apabila mendahului 2-1 hingga masa kecederaan, namun Sergio Ramos muncul wira Real Madrid apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-93, dan Carvajal mengecewakan Sevilla dengan jaringan di minit-minit terakhir masa tambahan.

Marco Asensio memberikan Madrid gol pendahuluan sebelum Franco Vazquez menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama. Ramos hampir menjadi duri dalam daging Madrid apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada Sevilla yang disempurnakan oleh Yevhen Konoplyanka pada minit ke-72.

“Jaringan itu hasil dari cubaan berkali-kali. Jaringan Dani Carvajal sangat menakjubkan, dia layak untuk itu,” ujar pemain Madrid, Lucas Vazquez selepas perlawanan.

“Sergio Ramos orang pertama yang tidak akan mengalah dan dia akan sentiasa ada di saat penting. Ianya hebat untuk memiliki pemain sepertinya dalam pasukan. Kami mempunyai ramai pemain untuk setiap keadaan.”

Skuad kendalian Zinedine Zidane bermain tanpa pemain bintang mereka, Cristiano Ronaldo, Gareth Bale dan Toni Kroos, sementara Luka Modric dan Karim Benzema bermula di bangku simpanan.

“Kami ketinggalan di majoriti separuh masa kedua, tetapi Madrid tidak pernah menyerah kalah dan jaringan di minit ke-90 memberikan kami peluang untuk menjadi juara,” ujar Carvajal.

“Hari ini kami kehilangan beberapa pemain tetapi kami ada skuad anak tempatan yang hebat.”

Other posts by