Jurulatih badminton negara Tey Seu Bock berkerja keras untuk mempersiap bintang badminton negara, Lee Chong Wei, untuk menjadi pemenang pingat emas Olimpik pertama Malaysia.
Pemain No.1 dunia, Chong Wei dijangka akan bertemu juara bertahan dua kali Olimpik, Lin Dan dari China di separuh akhir.
Namun, Seu Bock tidak mahu berfikir terlalu jauh. Dia percaya pesaing Chong Wei di suku akhir – sama ada Chou Tien-chen dari Taiwan atay Hu Yun dari Hong Kong- juga mampu menjadi penghalang.
“Tie-chen atau Hun Yun akan berusaha habis-habisan. Mereka juga mahu memenangi pingat. Kami perlu berwaspada.
“Ini Olimpik dan hanya berlangsung empat tahun sekali. Tiada siapa mahu datang ke sini dan kalah,” kata Seu Bock.
Namun, dia turut berkata bahawa Chong Wei telah semakin matang sejak kembali dari penggantungan lapan bulan selepas kesalahan doping tahun lalu.
“Sejak pulang dari penggantungan, mentalnya semakin kuat,”ujar Seu Bock.
Kekuatan mental Chong Wei dibuktikan apabila menewaskan Lin Dan di Terbuka China November tahun lalu dan di Kejohanan Badminton Chona juga di China pada April. Ianya kali pertama Chong Wei berjaya menewaskan Lin Dan dua kali berturut dalam kerjayanya selepas 36 pertemuan.
Chong Wei juga telah menewaskan Chen Long, pilihan kedua di Rio, di empat pertemuan terakhir mereka.
“Chong Wei tahu apa dia mahukan. Saya harap dia boleh menang emas. Empat tahun lalu, dia mendahului 19-17 dan tewas. Kini, dia telah berlatih selama empat tahun untuk Olimpik ini. Semuanya bergantung kepada siapa yang lebih hebat dan mampu mengawal keadaan pada hari perlawanan. Saya harap dia akan menang,” kata Seu Bock yang telah melatih Chong Wei sejak 2002.
Other posts by Khairul Nizam