Football

Pemecatan Zainal bukan kerana masalah peruntukan – Azmin Ali

Keputusan untuk menamatkan kontrak jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan bukan masalah peruntukan.

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Selangor yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tindakan tersebut dilakukan selepas keseluruhan aspek telah dinilai.

“Saya tidaklah kata merudum, tetapi saya harus mengambil tindakan proaktif supaya prestasi pasukan dapat dipertahankan.

“Bukan masalah peruntukan, itu tidak semestinya tetapi perkara ini termasuk soal budaya dan sikap. Sebab itu, keputusan dibuat berdasarkan merit.

“Sekiranya tidak ada masalah dan prestasi yang baik, saya selaku presiden akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya pada sidang media Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Semenyih 2, Kampung Jenderam Hilir di sini, semalam.

Selain itu, Azmin turut berkata, keputusan penamatan kontrak itu merupakan salah satu langkah awal dan beberapa pengumuman akan dibuat lagi.

FAS membuat keputusan menamatkan kontrak Zainal Abidin Hassan ekoran prestasi buruk pasukan Red Giants dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Other posts by