Cycling

Fatehah tidak kisah dibayangi Azizul

Pelumba negara Fatehah Mustapa sering dibayangi Azizulhasni Awang.

Kedua pelumba Malaysia itu dibawa untuk sidang media pada hari Ahad sebelum dilarang bercakap kepada wartawan.

Menurut jurulatih mereka John Beasley, ianya untuk mengelakkan mereka diberi tekanan sebelum bermula perlumbaan di Olimpik Rio de Janeiro.

Fatehah akan beraksi dalam acara pecut pada hari Ahad dan Azizul dalam acara Keirin pada 16 Ogos.

Dua pelumba itu tiba di Rio pada hari Sabtu selepas berlatih lima minggu di Portugal dan bercakap kepada wartawan Malaysia buat kali pertama di sini.

Seperti biasa, tumpuan lebih kepada Azizul selaku prospek emas negara, sementara Fatehah, pemenang pingat peras Sukan Asia 2014 mendapat tumpuan yang sedikit.

Namun, Fatehah dilihat tidak mempunyai masalah dengan perkara itu.

Apa yang ingin dilakukannya adalah memberikan persembahan terbaik dalam acaranya di Rio.

“Saya gembira, saya gementar. Objektif saya ke sini adalah untuk catatkan masa di bawah 11 saat.

“Persembahan saya semakin baik. Saya harap akan catat masa yang baik dan layak ke suku akhir,” jelas Fatehah yang membuat penampilan pertama Olimpiknya di London pada 2012.

Ketika ditanya mengenai tumpuan yang diberikan kepada Azizul, Fatehah berkata:” Saya bangga menjadi rakan sepasukannya dan semua kejayannya. Azizul telah banyak membantu saya walaupun prestasi saya tidak sebaiknya. Kami sentiasa menyokong antara satu sama lain. Tanpa dia dan yang lain, saya tidak akan berada di sini hari ini.”

Other posts by