Michael Phelps menjadi perbezaan selepas dia memenangi pingat emas Olimpik ke-19 dalam kerjaya hebat beliau pada hari Ahad dan membantu pasukan lelaki US untuk menang dalam acara 4×100 gaya bebas.
Perenang berusia 31 tahun itu, yang membuat penampilan pertama dalam temasya kelimanya, kini telah merangkul 23 pingat Olimpik dengan dua pingat perak dan dua gangsa melengkapkan koleksinya.
Perancis yang merangkul pingat emas di London pada tahun 2012 merangkul pingat perak dan Australia merangkul pingat gangsa.
“Ketika bermula, saya rasa jantung saya seperti mahu meletup, saya sangat teruja dan gembira,” kata beliau. “Sorakan mereka sangat kuat, saya tidak rasa saya pernah mendengar sesuatu seperti ini.”
Perenang hebat itu kini telah memenangi pingat emas di empat Sukan Olimpik berbeza, satu-satunya perenang yang berjaya berbuat demikian.
Pasukan renang Amerika Syarikat mencipta rekod dunia tiga minit,8.24 saat di acara akhir Olimpik Beijing.
Pada hari Ahad mereka hampir memecahkan rekod tersebut selepas Phelps, Caeleb Dressel, Ryan Held dan juara 100m gaya bebas dunia, Nathan Adrian mencatatkan masa 3:09:92.
Dressel yang menjadi perenang pertama ketinggalan di belakang perenang Perancis, tetapi Phelps menjadi perbezaan apabila membantu Amerika Syarikat mendahului dan Held serta Adrian terus mengekalkan pendahuluan AS seterusnya merangkul pingat emas.
Other posts by Khairul Nizam