Selepas saga perpindahan yang memakan masa lama, pemain tengah berbakat Perancis, Paul Pogba, sah menyertai Manchester United dengan perpindahan bernilai €110 juta(£93.2j) dari kelab Itali, Juventus.
“Manchester United dengan ini mengumumkan Paul Pogba telah menyempurnakan perpindahannya dari kelab Itali, Juventus. Paul menyertai United dengan kontrak lima tahun dan tambahan satu tahun,” dipetik dari satu kenyataan di laman web rasmi United.
Pogba berkata: “Saya merasa gembira untuk kembali ke United. Ianya sebuah kelab yang istimewa di hati saya dan saya tidak sabar untuk berkerja dengan Jose Mourinho. Saya gembira dengan masa saya di Juventus dan mempunyai memori yang indah bersama kelab dan pemain yang saya anggap sebagai rakan.
“Namun, saya rasa ini masa terbaik untuk saya pulang ke Old Trafford. Saya sentiasa gembira bermain di hadapan penyokong dan tidak sabar untuk memberi sumbangan kepada pasukan. Ini merupakan kelab terbaik untuk saya capai semua yang saya inginkan dalam permainan ini.”
Mourinho- yang memenangi trofi pertamanya sebagai pengurus United pada hari Ahad, selepas menewaskan Leicester 2-1 untuk memenangi Piala Sumbangsih – telah mendapakan Eric Bailly, Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan selepas menggantikan Lousi van Gaal.
Mourinho berkata,”Paul merupakan salah seorang pemain terbaik di dunia dan akan menjadi tonggak utama kepada United yang saya mahu bina bagi masa depan.
“Dia sangat pantas, kuat, boleh menjaringkan gold an mampu membaca permainan lebih baik dari pemain yang lebih tua darinya. Pada umur 23 tahun, dia mempunyai peluang untuk menjadikan posisi itu miliknya di sini untuk beberapa tahun. Dia muda dan akan terus meningkat; dia mempunyai peluang untuk menjadi jantung kelab ini dalam beberapa dekad dan seterusnya.”
Other posts by Khairul Nizam