Swimming

Perenang Olimpik berikan jari tengah kepada bapanya sebelum bertanding

Kadang kala ada atlit yang mempunyai ritual pelik yang dilakukan sebelum mereka bertanding. Ada yang perlu melangkah ke padang dengan kaki kanan dahulu, atau seperti Laurent Blanc yang perlu mencium kepada Fabien Barthez sebelum perlawanan dimulakan.

Namun, lain pula caranya untuk perenang Kanada, Santo Condorelli. Setiap kali sebelum beraksi, dia akan menunjukkan jari tengahnya kepada penonton. Condorelli berbuat demikian bukanlah ditujukan kepada penonton, tetapi kepada bapanya.

Apa yang menarik, perbuatan demikian bukan sahaja diketahui oleh bapanya, bahkan itu adalah ideanya.

“(Bapa saya berkata) Anda perlu membina keyakinan dan jangan pedulikan semua pesaing anda,” kata Santo kepada Canadian Press ketika ditanya mengenai ritual peliknya. “Dia berkata ‘Setiap kali anda mahu beraksi, tunjukkan saya jari itu dan saya akan membalasnya kembali.”

Ritual berkenaan bermula ketika Santo Condorelli berusia lapan tahun apabila bapanya Joseph Condorelli memberikan idea berkenaan. Ketika itu, Santo merasa takut dan gementar untuk berenang selepas sering ditewaskan oleh perenang yang lebih tua darinya.

Namun, ritual Santo itu turut menjadi kontroversi apabila Santo sering dilihat seakan menujukan perbuatan tersebut kepada kamera, pegawai, pesaingnya atau penonton.

Dalam satu pertandingan, Santo mencari bapanya di antara penonton dan bapanya berada di belakang kamera. Ketika dia menunjukkan jari tengah kepada bapanya, dia dilihat seakan-akan menujukan kepada kamera. Dia diarahkan untuk memohon maaf disebabkan tindakan tersebut.

Demi menjaga nama baik Sukan Olimpik, Santo akan membuat perubahan pada ritualnya. Dia tidak akan menunjukkan jari tengahnya kepada penonton, tetapi dia akan meletakkan jari tengahnya di kepala.

“Saya tidak mahu membuat sesiapa mara. Saya akan meletakkan jari di tengah kepala saya sekarang,” kata Santo Condorelli.

Other posts by