Football

Azmin terima perletakan jawatan dua pegawai tertinggi Selangor FA

Presiden FAS merangkap Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menerima perletakan jawatan Setiausaha Agung Rosman bin Mohd Ibrahim dan Bendahari Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dato’ S. Sivasundram.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh beliau, Azmin berkata,” Saya telah menerima tawaran perletakan jawatan daripada saudara Rosman bin Mohd Ibrahim selaku Setiausaha Agung dan Dato’ S.Sivasundram selaku Bendahari Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).”

Screen Shot 2016-08-08 at 4.13.57 PM
Kenyataan media dari Presiden Persatuan Bolasepak Selangor, Dato Seri Mohamed Azmin Ali

Azmin sebelum ini telah mengarahkan rombakan besar-besaran dilakukan ekoran prestasi buruk pasukan Selangor dalam Liga Super. Selangor baru-baru ini tewas kepada Kedah dan penyokong yang berang membuat bantahan dan mahukan rombakan dalam pengurusan pasukan.

Selain itu, Azmin turut menyatakan perubahan yang sedang dirancang untuk pasukan Selangor,“FAS sedang merencana langkah-langkah yang proaktif untuk mengekalkan kegemilangan sukan bolasepak Negeri Selangor. Ini termasuklah penswastaan pasukan dan program pembangunan komprehensif yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAS minggu hadapan.”

Sebelum ini, Ketua Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan dipecat selepas kekalahan keempat berturut pasukan Selangor dalam semua saingan piala dan liga.

Other posts by