Football

Aberdeen terkeluar dari saingan Eropah akibat gol sendiri yang melucukan

Gagal menjaringkan sepakan penalti, seorang pemain dibuang padang dan akhirnya satu jaringan gol sendiri yang melucukan. Semuanya serba tidak menjadi untuk Aberdeen.

Pasukan Liga Perdana Scotland Aberdeen terkeluar dari saingan Liga Europa selepas tewas kepada kelab Slovenia NK Maribor akibat jaringan sendiri menakjubkan Graeme Shinnie. Mereka sebelum ini ketinggalan menurut peraturan gol di tempat lawan, tetapi jaringan ini menamatkan sisa perjuangan mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=XLWgWpYXOwo

Pengurus Aberdeen, Derek McInnes selepas perlawanan mengkritik permukaan padang dan berkata: “ ianya satu pantulan yang teruk untuk jaringan sendiri itu. Bola terpantul enam inci dari permukaan. Saya tidak salahkan (penjaga gol) Joe Lewis. Semuanya disebabkan permukaan padang.”

Jauh lagi nampaknya pasukan Aberdeen ini untuk menyamai pasukan di bawah Sir Alex Ferguson yang menewaskan Real Madrid pada tahun 1983 untuk menjulang trofi Piala Pemenang Piala Eropah.

Other posts by