Football

Pertemuan KJ dan FAM tidak menemui jalan penyelesaian

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mengadakan mesyuarat bersama pegawai tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam bagi mencari formula untuk memperbaiki bola sepak Malaysia pulang dengan tangan kosong.

Khairy berkata beliau telah memberi cadangan kepada FAM dalam mesyuarat yang berlangsung selama satu jam itu selepas mendapat perkenan dari Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah minggu lalu.

“Saya percaya bahawa keputusan spesifik akan diumumkan pada 15 Ogos, di mesyuarat exco FAM. Saya rasa exco perlu membuat keputusan dan mengumumkannya.

“Apa yang menghalang mereka adalah terdapat ketidak pastian di dalam kepimpinan FAM sejak presiden mengumumkan bahawa beliau akan membenarkan orang lain mengambil alih. Oleh itu kita perlu ada formula untuk maju ke hadapan,” ujar beliau kepada wartawan di pejabatnya hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah apabila ditemui selepas mesyuarat berkenaan berkata Khairy telah membentangkan beberapa cadangan tetapi tidak mendedahkan formula yang dicadangkan.

Afandi berkata keputusan berkenaan formula yang dicadangkan dan keputusan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk berundur selaku presiden FAM akan dibincang ketika mesyuarat exco dan pengumuman akan dibuat.

Other posts by