Squash

Farez teruja untuk membuat penampilan pertama di Kejohanan Remaja Dunia

Mohd Farez Izwan merasa teruja untuk membuat penampilan pertama di Kejohana Skuasy Remaja Dunia, yang akan berlangsung di Biesko-Biala, Poland pada 6-17 Ogos.

Pemain muda Sabah itu telah memenangi kejohanan Remaja Bawah-13 Asia (2011) dan Bawah-15 (2013).

Farez terpaksa melepaskan peluang untuk membuat penampilan di kejohanan remaja dunia selepas dia menarik diri dari skuad yang akan bertanding di Namibia ekoran kerisauan terhadap penularan wabak Ebola.

Namun, Farez, kembali beraksi selepas membantu Malaysia memenangi Kejohanan Berpasukan Remaja Asia dan memenangi dua pingat emas di Sukan Komanwel Remaja tahun lalu.

“Saya tidak sabar untuk beraksi di kejohanan remaja dunia,” kata Farez.

“Saya telah bermain dengan baik sejak saya mula berlatih sepenuh masa tahun ini…saya gembira dengan perkembangan saya setakat ini.”

Farez telah menunjukkan perkembangan selepas melalui peringkat kelayakan untuk layak ke suku akhir di Piala Cabaran Contrex di Hong Kong, bulan lalu.

Kini di tahun terakhirnya sebagai pemain remaja,Farez teruja untuk menunjukkan kebolehannya.

“Saya berharap tahun ini saya akan mendapat peluang saya,” ujar beliau.

Farez menerima walkover di pusingan pertama selepas pesaingnay – pemain tuan rumah Piotr Hemmerling – menarik diri. Dia kini akan bertemu Juara Remaja Bawah-19 Asia, Israr Ahmed dari Pakistan di pusingan kedua.

Selain Farez, turut serta dalam acara lelaki adalah juara tiga kali Terbuka Remaja British Eain Yow, Sai Hung dan Marcus Sim.

Eain Yow merupakan pemain pilihan kedua kejohanan dan mahu menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk merangkul kejuaraan di Kejohanan Remaja Dunia ini.

Wakil acara wanita bagi Malaysia pula adalah S. Sivasangari, Andrea Lee, Zoe Foo dan Aifa Azman.

Other posts by