Football

Malaysia berjaya elak kumpulan maut bagi aksi Piala AFF Suzuki

Skuad kebangsaan diundi bersama pasukan Vietnam, Myanmar dan pasukan juara pusingan kelayakan dalam undian Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Myanmar, malam tadi.

Malaysia, juara edisi 2010 diundi di dalam kumpulan B dan akan bermain di Myanmar untuk edisi kali ini.

Satu lagi slot bagi kumpulan B akan direbut oleh Brunei, Laos, Timor Leste dan Kemboja dalam pusingan kelayakan yang akan berlangsung pada bulan Oktober.

Photo Credit: AFF Suzuki Cup
Photo Credit: AFF Suzuki Cup

Dalam satu lagi kumpulan, Indonesia yang kembali ke bola sepak antarabangsa selepas penggantungan FIFA ditarik balik, akan berdepan tugas sukar apabila diundi bertemu juara bertahan Thailand, Singapura dan Filipina.

Piala AFF Suzuki 2016 akan berlangsung pada 19 November – 17 Disember 2016 dan tuan rumah bagi aksi peringkat kumpulan kali ini adalah Myanmar dan Filipina.

Other posts by