Badminton

Chong Wei tiada masalah bertemu Lin Dan

Dua musuh ketat dunia badminton. Sentiasa bersaing untuk merebut gelaran juara. Namun, untuk Sukan Olimpik Rio de Janeiro, bintang badminton Malaysia Lee Chong Wei dan pemegang pingat emas Sukan Olimpik dari China, Lin Dan tidak akan bertemu untuk merebut pingat emas.

Pilihan utama Lee Chong Wei akan bertemu juara dua kali Sukan Olimpik dari China itu di separuh akhir untuk kali ini, tetapi dia tidak mahu melihat terlampau jauh.

“Undian untuk saya lebih baik berbanding yang lain, tetapi saya mahu melihat terlampau jauh. Saya tahu Lin Dan di bahagian yang sama dengan saya, tetapi saya tidak mahu memikirkannya hingga sampai ke separuh akhir nanti.

“Ini sukan Olimpik dan semua orang akan memberikan yang terbaik.

“Bila saya berdepan dengannya baru saya akan bertarung dengannya,” jelas Chong Wei yang akan berdepan laluan yang mudah ke separuh akhir apabila dijangka bertemu pemain pilihan keenam dari Taiwan Chou Tien-chen di suku akhir.

Dengan seluruh negara mengharapkan dia untuk membawa pulang pingat emas pertama Olimpik untuk Malaysia, Chong Wei berkata dia tiada masalah dengan tekanan itu.

“Saya harap saya akan beraksi baik di Olimpik keempat dan terakhir sata. Saya telah belajar banyak selama ini untuk menangani tekanan.

“Saya aka berjuang di setiap perlawanan, dan jika saya tewas selepas memberikan yang terbaik, mungkin itu takdirnya,” ujar pemain berusia 33 tahun itu yang juga akan menjadi pembawa bendera Malaysia di Rio.

Skuad badminton negara akan berangkat ke Rio hari ini.

Other posts by