Football

Eksklusif: OKS akan menggantikan kuartet JDT dengan pemain muda

Translation by Khairul Nizam

Empat pemain tonggak mungkin telah bersara dari pasukan kebangsaan, tetapi Datuk Ong Kim Swee telah bersedia sepenuhnya untuk membina pasukan baru yang terdiri daripada pemain baru di arena bola sepak tempatan.

Safiq Rahim, Aidil Zafuan, S.Kunanlan dan Amirulhadi – kesemuanya bermain untuk JDT – mengumumkan keputusan mereka untuk bersara dari pasukan kebangsaan, awal bulan ini.

Tiga pemain pertama yang disebutkan merupakan pemain yang sering bermain dengan pasukan kebangsaan, dan sementara Ong memahami kepentingan mereka, dia tidak melihat sebarang alasan untuk tidak berterima kasih kepada mereka dan meneruskan perancangannya.

Safiq Rahim

“Semua jurulatih pastinya mahukan pemain-pemain ini dalam skuad mereka. Saya pastinya mahu mereka kembali, tetapi itu keputusan mereka kerana saya tidak akan memaksa sesiapa bermain untuk negara mreka.

“Saya pasti mereka telah berfikir dahulu sebelum membuat keputusan dan mengumumkannya. Saya hanya boleh berdoa semua yang terbaik untuk mereka dan berterima kasih kerana bermain untuk negara,” jelas Ong kepada FourthOfficial.com.

“Perubahan sedang dilakukan oleh pasukan kebangsaan, terutamanya dengan pemain muda, sejak saya mengambil alih. Dan semua pihak perlu sedar bahawa perubahan tidak berlaku sekelip mata. Ia memerlukan masa yang tertentu.

Ong Kim Swee

“Tetapi apa yang berlaku, persaraan empat pemain mempercepatkan lagi proses itu dan ianya sesuatu yang kami perlu terima dan bersedia,” tambah beliau.

Antara sebab kenapa Ong mahu lupakan perkara ini secepat mungkin adalah kerana Piala AFF Suzuki, yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini. FAM telah mengaturkan tiga perlawanan persahabatan – satu pada bulan September dan dua di bulan Oktober – untuk membantu persiapan Ong Kim Swee.

Mereka dijadualkan untuk bertemu Indonesia pada bulan September, sebelum bertemu Singapura dan Afghanistan pada bulan Oktober, tetapi apa yang paling menggembirakan OKS adalah ketiga perlawanan tersebut diatur dengan rapi untuk disesuaikan dengan jadual liga tempatan yang padat.

Photo Credit: Sports247.my
Photo Credit: Sports247.my

“Persediaan kami untuk Piala AFF Suzuki berjalan lancar dan saya gembira dengannya. Kami mempunyai beberapa perlawanan untuk mempersiap pasukan, dan kem latihan kami seiring dengan jadual liga tempatan.

“Ini diatur dengan rapi selepas mengambil kira keadaan fizikal pemain, dan saya gembira dengannya,” tambah beliau.

Piala AFF Suzuki akan berlangsung di antara 19 November hingga 17 Disember, sementara undian rasmi kejohanan dijadualkan pada 2 Ogos ini.

 

Other posts by