MotoGP

Dakwaan tiada peruntukan untuk Khairul Idham tidak benar – Khairy

Kementerian Belia dan Sukan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 100,000 tahun lalu untuk membantu kerjaya penunggang Moto3 negara Khairul Idham Pawi.

Namun, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga berkata, peruntukan tersebut tidak dapat diberikan kepada Khairul Idham selepas pelumba berusia 17 tahun itu tidak memberikan nombor akaun dan beberapa dokumen yang diminta.

“Saya mempunyai salinan surat dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, yang bertarikh 24 Jun, yang telah dihantar kepada Khairul Idham berkenaan kelulusan peruntukan RM 100,000 yang telah dijanjikan sebelum ini.

“Dalam surat berkenaan, kami meminta beberapa maklumat termasuk akaun bank di bawah nama Khairul Idham. Namun, dia memberikan akaun bank di bawah nama bapanya, Pawi Omar dan dokumen yang dihantar tidak lengkap,” jelas beliau dalam satu sidang media semalam.

Beliau memberi ulasan kepada aduan oleh Pawi, 52, pada hari Isnin mengenai kekecewaannya apabila tiada pihak yang tampil untuk memberi bantuan kepada pembangunan kerjaya anaknya selepas memenangi Grand Prix Moto3 Jerman seperti menanggung kos untuk pegawai pengiring Khairul Idham yang menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan duit sendiri.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata kementerian tidak dapat menyerahkan peruntukan begitu sahaja kerana beberapa dokumen memerlukan nama Khairul Idham di atasnya dan bukan nama bapanya.

Khairy turut berkata bahawa beliau telah mengarahkan ketua setiausaha kementerian untuk meluluskan penambahan RM 100,000 lagi kepada pelumba Honda Team Asia untuk sebagai tambahan kepada peruntukan sebelumnya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata dia sedang menunggu persetujuan dari Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk berbincang mengenai dakwaan salah laku di dalam FAM oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Other posts by