Football

SPRM mohon TMJ berikan maklumat berhubung dakwaan rasuah dalam FAM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meminta Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menyerahkan maklumat berkenaan dakwaan beliau mengenai salah laku rasuah di dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk diambil tindakan.

SPRM dalam satu kenyataan berkata jika dakwaan tersebut benar, mereka bersedia untuk bertindak mengikut akta 2009 MACC.

“SPRM memohon Tunku Ismail untuk menyerahkan maklumat berkaitan untuk membolehkan tindakan diambil,” kata mereka.

Tunku Ismail, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook Johor Southern Tigers pada hari Isnin, mendakwa bahawa dia memiliki pen drive yang berisi semua maklumat dalaman FAM, termasuk ketirisan penjualan tiket Final Piala FA dan Piala Malaysia.

Pemilik Johor Darul Ta’azim (JDT) itu mendakwa bahawa pendrive itu mengandungi maklumat berkenaan salah laku rasuah di FAM yang telah berjalan selama 30 tahun.

Tunku Ismail dikhabarkan berkata dia mendapat pendrive tersebut menerusi seorang rakan berpangkat tinggi di Kuala Lumpur.

Other posts by