Badminton, Rio 2016

Kian Meng teruja untuk ke Rio walaupun hanya peranan kecil

Pemain bergu campuran negara Tan Kian Meng merasa teruja untuk ke sukan Olimpik – walaupun hanya sebagai rakan latihan.

Pemain berusia 22 tahun itu dan pemain perseorangan No.2 negara iskandar Zulkarnain Zainuddin, telah dipilih oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai rakan latihan pasukan di Rio de Janeiro pada 5-21 Ogos ini.

Kedua pemain itu akan berangkat ke Rio pada 29 July bersama Lee Chong Wei (perseorangan lelaki), Goh V Shem – Tan Wee Kiong (bergu lelaki), Tee Jing Yi (perseorangan wanita), Vivian Hoo – Woon Khe Wei (bergu wanita) dan Chan Peng Soon- Goh Liu Ying (bergu campuran).

“Saya sangat teruja kerana diberi peluang untuk ke Sukan Olimpik bersama pasukan,” jelas Kian Meng yang baru bertukar ke acara bergu campuran tahun lalu.

“Saya akan dapat melihat bagaiman pemain ternama bersedia untuk kejohanan terbesar di dunia dan saya berharap dapat belajar sesuatu darinya.

“Saya percaya ini akan menjadi satu motivasi yang bagus untuk saya dan saya akan berusaha untuk layak ke Olimpik seterusnya,” tambah beliau.

Namun, Kian Meng perlu menahan keterujaannya kerana dia dan gandingannya Lai Pei Jing akan beraksi di Terbuka Vietnam yang akan berlangsung pada hari ini di Ho Chi Minh.

Pemain no.37 dunia Kian Meng-Pei Jing, yang merupakan naib juara Malaysian Masters pada bulan Januari dan Terbuka Taiwan awal bulan ini, merupakan pilihan ketiga.

Mereka akan berdepan gandingan muda Thailand Pakin Kuna-anuvit – Kwanchanok Sudjaipraparat di pusingan pertama esok. Mereka sepatutnya mara ke suku akhir di mana mereka dijadual bertemu pilihan keenamp Chang Ko-chi – Chang Hsin-tien dari Taiwan.

Jurulatih kami mahu kami menang di Vietnam. Tetapi kami perlu mengambilnya selangkah demi selangkah serta cuba untuk mara ke separuh akhir dan lihat bagaimana selepas itu,” kata Kian Meng.

Dalam perseorangan lelaki, Malaysia diwakili Chong Wei Feng, Zulfadli Zulkiffli, Tan Chun Seang, Mohd Arif Abdul Latif, Goh Giap Chin dan Chiang Jiann Shiarng.

Terdapat tujuh bergu mewakili Malaysia – Tan Chee Tean – Tan Wee Gieen, Chooi Kah Ming – Low Juan Shen, Koo Kien Keat – Tan Boon Heong, Lim Khim Wah – Ong Jian Guo, Tai An Khang – Yew Hong Khen, Hoon Thien How – Teo Kok Siang dan Nur Mohd Azryn Ayup – Jagdish Singh – dalam acara bergu lelaki.

Other posts by