Football

Kim Swee pertahan corak latihan walaupun dikritik

Jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee telah mempertahan corak latihannya selepas dikritik hebat oleh beberapa pihak.

Minggu lalu, empat pemain Johor Darul Ta’azim (JDT), Safiq Rahim, Mohd Aidil Zafuan Razak, S.Kunanlan dan Mohd Amirulhadi Zainal – bersara dari pasukan serentak.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata kurangnya latihan intensity tinggi bersama pasukan kebangsaan merupakan sebab kenapa mereka bersara.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kemudiannya mengulas mengenai kontroversi itu dan berkata keyakinan pemain negara akan terkesan jika isu yang dibangkitkan Tunku Ismail tidak diselesaikan. Khairy menambah bahawa dia akan meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memberi penjelasan.

Kim Swee pada hari Isnin berkata dia tidak mengetahui bahawa pemainnya mempunyai masalah dengan corak latihan beliau, dan berkata dia akan bertemu Khairy untuk memberikan penjelasan pada hari Jumaat ini.

“Tiada pemain yang merungut kepada saya atau para jurulatih saya mengenai corak latihan yang saua terapkan sejak menjadi jurulatih sementara tahun lalu,” kata Kim Swee.

“Saya berbual dengan tujuh pemain senior selepas jelajah Oceania bulan lepas mengenai bagaimana untuk meningkatkan pasukan kebangsaan. Saya mendapat jawapan balas yang baik dari mereka. Tiada seorang pun yang berkata mengenai mahu bersara dari pasukan kerana itu saya terkejut melihat ramai pemain yang meninggalkan pasukan secara tiba-tiba.

“Saya mempunyai data mengenai corak latihan saya..kami juga ada video sesi latihan. Saya akan tunjukkan data ini kepada Khairy dalam pertemuan kami.”

Other posts by