MMA

Pejuang MMA sambut kemenangan dengan aksi Pokemon

Kegilaan terhadap permainan video baru Pokemon Go telah merebak ke seluruh dunia. Walaupun ianya belum sampai ke Asia, permainan video ini telah memecahkan banyak rekod dan menjadi sebutan ramai.

Antara yang menggilai permainan ini adalah pejuang MMA, Michael ‘Venom’ Page.

Selepas Page menewaskan pesaingnya, Evangelista ‘Cyborg’ Santos dalam satu perlawanan, dia menyambut kemenangan itu dengan satu aksi daripada permainan video terkenal tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=BaSIIx8Os7s

Dengan pesaingnya masih terbaring, Page berlari ke penjuru gelanggang di mana salah seorang pelatihnya menyerahkan satu pokeball dan beliau melontarkan pokeball tersebut ke arah Santos seakan-akan seorang pelatih Pokemon menangkap seekor Pokemon.

Sambutan Page itu menjadi viral di internet tetapi ramai tidak tahu bahawa Santos mengalami keretakan pada tengkoraknya selepas Page memberikan sentuhan penyudahnya dengan satu hentakan menggunakan lutut.

Other posts by