Badminton

Jin Wei tunjukkan taring di Kejohanan Remaja Asia

Pemain badminton negara, Goh Jin Wei memberi amaran kepada semua pesaingnya bahawa dia bersedia untuk bertarung merebut kejuaraan acara perseorangan Kejohanan Badminton Remaja Asia.

Pemain berusia 16 tahun itu sebelum ini mengalami kekejangan otot dan terpaksa menarik diri dalam acara bergu wanita dalam saingan berpasukan campuran menentang Indonesia pada hari Ahad lalu.

Juara remaja dunia itu yang mendapat bye dalam pusingan pertama menundukkan Lam Yeung Pui dari Hong Kong 21-8, 21-7 sebelum menewaskan pemain Thailand, Chananchida Jucharoen 21-11, 21-10 untuk mara ke suku akhir.

Dia akan bertemu Kim Ga-eun dari Korea Selatan yang sebelum ini layak ke separuh akhir Terbuka Remaja Jerman pada hari ini.

“Saya telah sembuh dan berada dalam keadaan baik,” jelas Jin Wei.

“Tidak bermain dalam perlawanan suku akhir menentang China (pada hari Isnin) banyak membantu…Saya mendapat rehat yang cukup dan rasa lebih baik sekarang.”

Seorang lagi wakil Malaysia yang berjaya mara ke suku akhir adalah pemain persorangan lelaki Lee Zii Jia. Dia menundukkan Lam Hou Him dari Macau 21-4, 21-9 dan Byun Jung-soo dari Korea Selatan 21-9, 21-17.

Dia akan beraksi menentangn pemain pilihan ketujuh Lee Chia-hao dari Taiwan dalam saingan suku akhir.

Namun, seorang lagi pemain perseorangan negara Leong Jun Hao tunduk kepada pemain China Sun Feixiang 10-21, 17-21 dalam tempoh 37 minit di pusingan keempat.

Dalam acara bergu lelaki, Ooi Zi Heng-Soh Wooi Yik mengambil masa 25 minit untuk menundukkan wakil Indonesia Rizki Adam-Muhammad Fachrikar 21-17, 21-13 untuk mara ke suku akhir.

Cabaran Malaysia dalam acara bergu campuran juga masih ada apabila Chen Tang Jie-Pearly Tan Koong Le menundukkan Lin Jinqiu-Shen Lingjie dari China 21-14, 21-15.

Other posts by