Di sebalik berita persaraan pemain-pemain Johor Darul Ta’azim dari skuad kebangsaan, hari ini JDT mengumumkan kemasukan pemain baru mereka, Azrif Nasrulhaq dari Selangor.
Pengurus pasukan Selangor, Amiruddin Shari dalam kenyataan beliau berkata: “Kami telah mencapai persetujuan bersama pasukan JDT berkenaan Azrif. Kami berpuas hati dengan syarat dan bayaran perpindahan, tetapi kami tidak akan dedahkan untuk menghormati semua pihak. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Azrif sepanjang beliau berada bersama kami.”
Selain itu, Amiruddin turut berkata Selangor sedang dalam proses untuk mencari pengganti Azrif dan akan membuat kenyataan tidak lama lagi.
Kontroversi yang melibatkan Azrif, JDT dan Selangor telah timbul sejak awal musim ini apabila Azrif dikatakan ingin berpindah ke JDT namun ditolak oleh pasukan Selangor.
Penampilan terakhir Azrif bersama Red Giants adalah ketika menentang Kuala Lumpur dalam saingan Piala Malaysia, Selasa lalu.
Other posts by Khairul Nizam