Football

Satira: Seorang lagi pemain Malaysia umum persaraan dari skuad kebangsaan.

Selepas empat orang pemain Johor Darul Ta’azim mengumumkan persaraan. Seorang lagi pemain Malaysia mengumumkan persaraannya dari pasukan kebangsaan. Pemain berkenaan yang hanya melakukan satu penampilan bersama kebangsaan, hari ini mengumumkan beliau bersara dari menyarung jersi skuad Harimau Malaysia.

Pemain tersebut yang pernah menyarung jersi Selangor membuat satu-satunya penampilan bersama Harimau Malaysia dalam aksi menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspurs tahun lalu. Pemain tersebut mengumumkan persaraan beliau menerusi laman twitter peribadinya.

Ini pastinya satu lagi masalah yang akan memeningkan kepala jurulatih Malaysia, Datuk Ong Kim Swee yang sudah kehilangan empat tonggak utama iaitu Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim, S.Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal.

Kami di Fourth Official mengucapkan selamat maju jaya dan harap beliau akan menikmati persaraan dari skuad Harimau Malaysia kepada Rob Cornthwaite!

Screen Shot 2016-07-14 at 4.30.23 PM

Other posts by