Football

S.Kunanlan pula umum persaraan dari skuad kebangsaan

Selepas Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Safiq Rahim, kini giliran pemain sayap S.Kunanlan pula yang mengumumkan persaraan dari skuad Harimau Malaysia.Persaraan Kunanlan menjadikan dia pemain Malaysia ketiga yang bersara dari pasukan kebangsaan dalam tempoh seminggu.

Pemain sayap berusia 30 tahun itu mengumumkan persaraannya menerusi laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta’azim (JDT) , Johor Southern Tigers.

Menerusi kenyataan dari laman Facebook berkenaan, Kunanlan berkata:” Saya dengan ini memutuskan untuk bersara mewakili skuad negara dan penampilan bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea baru-baru ini adalah penampilan terakhir saya untuk aksi perlawanan antarabangsa. Saya cukup berbangga dapat menyarung jersi kebangsaan sejak mewakili pasukan Bawah 23 tahun dan sehingga kini. Terima kasih diucapkan atas segala sokongan yang telah diberikan kepada saya selama ini dan juga tunjuk ajar yang diberikan. Saya amat menghargainya.”

Kunanlan menjadi pemain ketiga dari pasukan JDT yang mengumumkan persaraannya. Pemain sayap yang juga boleh bermain sebagai pemain pertahanan itu merupakan salah seorang pemain dari skuad Malaysia yang menjulang Piala AFF Suzuki pada tahun 2010.

Other posts by