Football

Skuad Portugal terima sambutan wira di Lisbon

Ribuan penyokong menyambut kepulangan Juara Euro 2016, Portugal apabila mereka tiba di Lisbon pada hari Isnin, dengan menyanyikan nama penjaring gol kemenangan mereka Eder, yang jaringannya di masa tambaha memberikan kemenangan 1-0 ke atas Perancis.

Skuad Portugal terbang pulang dengan menaiki pesawat yang diberi nama Eusebio sempena nama bekas pemain legenda mereka. Jurulatih Portugal, Fernando Santos dan ketua pasukan Cristiano Ronaldo disambut dengan sorakan gemuruh dari 5000 orang penyokong apabila menjulang piala kejohanan utama negara tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=MvtfZWaNVpQ

Mereka dijangka akan bertemu Presiden Marcelo Rebelo de Sousa, yang menyatakan bahawa beliau akan memberikan mereka anugerah di atas tindakan cemerlang mereka dalam perkhidmatan awam.

“Saya perlu memuji mereka semua. Saya akan menganugerahkan mereka dengan Order of Merit Of Commanders – satu perintah yang tak pernah diberikan kepada pasukan kebangsaan,” ujar beliau kepada RTP.

Jurulatih Portugal, Fernando Santos disambut oleh Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa. Photo Credit: Reuters
Jurulatih Portugal, Fernando Santos disambut oleh Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa.
Photo Credit: Reuters

A Seleção dijangkan akan membawa trofi untuk berarak di sekitar Lisbon sebelum bertemu peminat di ruangan peminat di ibu negara selepas seluruh negara berkenaan bergembira pada hari Ahad lalu.

Bekas jurulatih Portugal Luiz Felipe Scolari, yang tewas kepada Greece di perlawanan akhir Euro 2004 di mana Portugal menjadi tuan rumah, menghamburkan pujian kepada semua pemain.

“Portugal layak memenangi Kejuaraan Eropah sejak tahun 2004. Malam tadi, Portugal berjaya merampas semula kejuaraan yang kita hilang di 2004,” jelas beliau kepada Sport TV.

Other posts by