Skuad Kenari memperkuatkan barisan serangan mereka dengan menandatangani penyerang Brazil,Thiago Augusto Fernandes bagi menggantikan Carlos Kahe.
Penyerang dari Brazil itu tiba di Alor Setar hari ini dan urusan perpindahan beliau dijangka selesai sebelum Kedah memulakan kempen Piala Malaysia mereka pada 13 Julai.menentang pasukan Sarawak di Stadium Darul Aman.
Thiago Augusto tidak asing lagi dengan bola sepak Malaysia kerana beliau pernah menyarung jersi Felda United pada musim lalu.
Apa yang menarik, gol terakhir penyerang berusia 26 tahun ini dalam kancah bola sepak tempatan adalah ketika menentang Kedah dalam separuh akhir Piala Malaysia tahun lalu.
Other posts by Khairul Nizam