Football

Kupu-kupu di muka Ronaldo menggemparkan media sosial

Majoriti dari kita mempunyai akaun twitter. Siapa yang tidak suka twitter. Ia memberikan maklumat pantas dan mudah untuk kita bertukar pendapat. Twitter dan bola sepak juga tidak dapat dipisahkan. Ianya menjadi medan untuk mendapatkan berita mengenai perpindahan pemain, medan meluahkan kegembiraan ketika pasukan menang dan ‘football banter’.

Tetapi kadangkala Twitter boleh jadi merepek.

Contohnya, seperti reaksi apabila Ronaldo tercedera di perlawanan akhir Kejohanan Eropah 2016 awal pagi tadi.

Ramai yang meluahkan rasa kasihan mereka kepada Ronaldo di atas kecederaan yang menimpa beliau. Mereka merasa kecewa apabila melihat seorang pemain yang telah memikul beban pasukan dan memimpin mereka ke perlawanan akhir.

Namun, ada yang mahu menumpukan kepada kupu-kupu yang hinggap di muka Ronaldo apabila dia tercedera.

Apa yang lebih menakjubkan adalah apabila ramai pengguna yang membuat akaun twitter untuk serangga tersebut!

Pada rehat separuh masa pertama – kurang 30 minit dari penampilan kupu-kupu tersebut – terdapat lebih dari LIMA PULUH akaun twitter untuk serangga itu!

Screen Shot 2016-07-11 at 10.48.46 AM

Ini mengingatkan kita kepada akaun Anfield Cat dan juga Darul Makmur Cat. Memang kadang kala ada manusia yang gila di media sosial ini.

Other posts by