Football

Malaysia vs New Caledonia tidak diklasifikasi sebagai perlawanan kelas A

Baru-baru ini kecoh mengenai perlawanan Malaysia dengan New Caledonia tidak tertera dalam laman web FIFA. Ini sekaligus mengundang persoalan mengenai adakah perlawanan tersebut tidak diiktiraf sekaligus tiada mata yang akan diberi walaupun Malaysia menang dalam perlawanan tersebut.

Hari ini, Setiuasaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Dato’ Hamidin Mohd Amin telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu itu dalam laman web rasmi FAM.

Dalam kenyataan tersebut, disebut bahawa perlawanan tersebut pada asalnya memang berstatus “A”, tetapi disebabkan kesilapan tuan rumah, Persekutuan Bola Sepak New Caledonia (FCF), status “A” perlawanan itu ditarik balik oleh FIFA.

Kesilapan berkenaan adalah berkaitan dengan Artikel 10.1 dalam ‘FIFA Regulations Governing International Matches’ yang menyatakan bahawa tuan rumah perlu memastikan pengadil dan pembantu pengadil yang ditugaskan untuk perlawanan berstatus “A” mestilah dari kalangan mereka yang berada dalam senarai terkini pengadil dan pembantu pengadil FIFA.

Namun pihak tuan rumah bagi perlawanan New Caledonia bertemu Malaysia iaitu FCF telah melantik hanya pengadil dari senarai FIFA tetapi dua pembantu pengadil yang dilantik itu nama mereka tiada dalam Senarai Pengadil & Pembantu Pengadil FIFA 2016.

Pihak FAM dikatakan telah membuat rayuan kepada FIFA untuk menimbang semula keputusan itu dan mengiktiraf perlawanan tersebut sebagai kelas “A” sekaligus memberikan mata kepada

Jelajah Harimau Malaysia ke Oceania berakhir dengan keputusan satu menang ( New Caledonia), satu seri (Fiji) dan tewas sekali (Papua New Guinea).

Other posts by