Badminton

Kian Meng-Pei Jing teruskan cabaran Malaysia di suku akhir Terbuka Taiwan

Bergu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing layak ke suku akhir Terbuka Taiwan.

Gandingan No.44 dunia itu menunjukkan aksi hebat untuk menundukkan bergu tuan rumah Wang Chi-lin – Cheng Chi-ya 21-18, 14-2, 21-15 dalam pusingan kedua di Taipei Arena semalam.

Kemenangan ini hadir selepas mereka melakukan kejutan dengan menundukkan bergu pilihan keenam Huang Kaixian – Huang Dongping dari China.

Kian Meng-Pei Jing yang baru bermain bersama untuk enam bulan, akan berdepan bergu pilihan kedua Reginald Lee Chun Hei – Chau Hoi Wah dari Hong Kong di suku akhir.

Gandingan No.13 dunia Reginald-Hoi Wah berjaya mengatasi gandingan dari China Li Junhui – Zhong Qianxin 21-12, 21-9 di pusingan kedua.

“Apabila kami melihat undian, kami tidak sangka akan mara sejauh ini kerana kami berdepan pesaing hebat dari China di pusingan pertama,” kata Pei Jing.

“Tetapi kami bermain dengan baik semalam…dah hari ini kami bermain lebih baik menentang bergu Taiwan.

“Kami meletakkan diri kami dalam sedikit tekanan apabila tewas di set kedua, tetapi kami bernasib baik dapat bangkit semula di set penentuan.”

Gandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang akan beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro Ogos ini juga mara ke suku akhir selepas menewaskan bergu Indonesia Alfian Eko Prasetya – Annisa Saufika 21-15, 21-17.

Gandingan No.11 dunia itu akan berdepan pilihan utama Zheng Siwei – Chen Qingchen dari China untuk merebut tempat ke separuh akhir.

Dalam acara perseorangan lelaki pula, pemain No.2 negara Iskandar Zulkarnain berjaya menundukkan rakan senegara Liew Daren 23-21, 19-21,23-21.

Bagi acara bergu lelaki pula, pilihan kedua GOh V Shem-Tan Wee Kiong juga menumpaskan rakan senegara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-19,21-18 untuk mara ke suku akhir.

Pemain muda negara Ho Yen Mei juga mara ke suku akhir acara perseorangan wanita selepas menumbangkan Lee Jang-mi dari Korea Selatan 21-18, 8-21, 21-18 untuk meneruskan kemaraan.

Pemain berusia 20 tahun itu akan berdepan pilihan kedua yang juga pemain tuan rumah Tai Tzu-ying di suku akhir.

Other posts by