Penerjun negara Cheong Jun Hoong akan menjadi satu-satunya atlet Malaysia yang akan bertanding dalam tiga acara di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, tetapi ketua jurulatihnya Yang Zhuliang yakin ianya tidak akan menjadi masalah buat Jun Hoong.
Beliau turut yakin Jun Hoong dan rakannya Pandelela Rinong boleh merangkul pingat pertama Malaysia dalam acara terjun seirama.
Jun Hoong akan bergabung dengan penerjun muda Nur Dhabitah Sabri dalam acara 3m papan anjal seirama wanita yang akan berlangsung pada 7 Ogos.
Namun, Jun Hoong dan Pandelela akan cuba mencipta sejarah negara dalam acara 10m papan anjarl seirama yang akan berlangsung pada 9 Ogos.
Acara terakhir Jun Hoong adalah acara 3m papan anjal individu pada 12 Ogos.
Sebelum ini Pandelela beraksi bersama Leong Mun Yee dan gandingan mereka berdua berjaya membawa pulang dua pingat gangsa dalam Kejohanan Akuatik Antarabangsa di Rome (2009) dan Barcelona (2013).
Namun, gandingan Jun Hoong dan Pandelela berjaya merangkul pingat perak di Piala Dunia Terjun di Rio pada bulan Februari membuatkan Zhuliang yakin dengan mereka.
“Jun Hoong dan Pandelela menunjukkan aksi mantap dalam latihan di China setakat ini. Persembahan mereka dalam 10m platform seirama sangat hebat, dan jika mereka tidak membuat sebarang kesilapan dalam pertandingan, untuk merangkul piala bukan satu masalah.
“Kita mempunyai peluang lebih baik dalam acara 10m papan anjal seirama. Saya rasa persaingan untuk mendapatkan piala adalah di antara Malaysia, Kanada, Korea Utara, Australia dan sudah tentu, China.”
Penerjun yang akan ke Rio telah pulang ke tanah air tiga hari lalu- selepas menjalani latihan selama sebulan di Guangzhou- untuk menyelesaikan urusan visa mereka.
Mereka akan kembali ke China pada hari Jumaat untuk peringkat terakhir latihan mereka. Malaysia akan bertanding dalam enam dari lapan acara terjun yang dipertanding di Rio.
Di London empat tahun lalu, Pandelela menjadi atlet wanita pertama Malaysia yang merangkul pingat Olimpik selepas membawa pulang pingat gangsa dalam acara 10m papan anjal individu.
Other posts by Khairul Nizam