Athletics

Zaidatul ke Olimpik guna tiket Wildcard

Pelari pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli akan menyertai acara 100m wanita selepas Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) telah mencadangkan beliau sebagai peserta wildcard dalam acara olahraga wanita di Sukan Olimpik Rio de Janeiro Ogos ini.

Pelari berusia 23 tahun dari Pulau Pinang ini mendapat tiket wildcard selepas atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa layak berdasarkan merit ke Olimpik Rio selepas berjaya melepasi had kelayakan 2.29m di Terbuka Singapura April lalu dan Persatuan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) telah menawarkan satu tiket untuk acara olahraga wanita kepada Malaysia.

Ketua jurulatih kebangsaan Zainal Abas telah mengesahkan bahawa Husniah adalah calon utama untuk tiket wild card selepas mencatatkan masa terbaik 11.67s dalam acara 100m di Kejohanan Memorial Kosanov XXVI di Almaty, Kazakshtan, minggu lalu.

Setakat ini, 26 atlet negara telah layak berdasarkan merit ke Olimpik Rio.

Chef de mission Malaysia, Tan Sri Mohd Al-Amin Abdul Majid menjangkakan sekurang-kurangnya 32 atlet akan membuat penampilan di Sukan Olimpik.

“Empat pemain golf ( dua lelaki dan dua wanita) dan satu wild card untuk acara renang dan olahraga wanita akan melengkapkannya,” jelas Al-Amin selepas mesyuarat bersama semua pengurus pasukan dan jurulatih di Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil pada hari Rabu.

Beliau menambah bahawa semua atlet yang akan bertanding di Olimpuk perlu menjalani ujian doping sebelum berlepas ke Rio de Janeiro.

“Para atlet juga akan diberi suntikan demam kuning sebagai langkah berjaga daripada virus Zika. Pihak penganjur telah memberi jaminan kepada kami berkenaan keselamatan atlet dan pegawai sepanjang temasya berkenaan,” ujar Al-Amin.

Other posts by