Football

Bacina sah ketua jurulatih baru Pulau Pinang

Pulau Pinang secara rasmi mengumumkan bahawa Nenad Bacina akan menjadi ketua jurulatih baru skuad Harimau Kumbang.

Bacina yang juga merupakan pengurus pasukan Pulau Pinang sebelum ini akan menggantikan Jacksen F. Tiago yang sebelum ini direhatkan ekoran prestasi buruk pasukan dari utara tanah air itu.

Berita ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang menerusi laman Facebook mereka, FA Penang. Pengendali dari Croatia itu dibawa masuk oleh Pulau Pinang bersama Ketua Pegawai Operasi (CEO) baru Bojan Hodak.

Skuad Harimau Kumbang yang naik dari Liga Premier penghujung tahun, kini berada di tangga tercorot Liga Super dengan hanya mengutip tujuh mata dari 12 perlawanan

Other posts by